PROSTEC Di Buletin Utama TV3?

Tak percaya? Berikut merupakan slot-slot gambar yang terdapat di dalam klip video tersebut. 





Pada 13 Mac yang lalu, Buletin Utama yang bersiaran di TV3 telah menayangkan satu slot berkaitan dengan kolej swasta & institusi pengajian tinggi, Yang menariknya, slot tersebut ‘dibintangi’ oleh ahli-ahli PROSTEC sendiri dan beberapa pelajar Kolej Masterskill yang lain. 

Dalam slot tersebut, diterangkan mengenai sebanyak 60 kolej swasta di seluruh Malaysia telah dibatalkan pendaftaran mereka. Berita tersebut mengatakan ada diantara kolej-kolej swasta tersebut gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebagai contoh, kolej tersebut gagal menyediakan pensyarah dan tenaga pengajar yang mencukupi selain gagal menyediakan prasarana dan peralatan pembelajaran yang telah ditetapkan. Persoalannya, bagaimanakah ahli-ahli PROSTEC boleh berada dalam slot tersebut? Bilakah klip video tersebut dirakamkan?

Sebenarnya klip video tersebut telah dirakamkan pada 27 Februari 2009 yang lalu iaitu pada Majlis Pembukaan Rasmi (Grand Opening) Kolej Masterskill Metro Kampus KK yang dirasmikan oleh Datuk Musa Haji Aman. 

Seluruh warga PROSTEC berbangga dengan pencapaian ini dan ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang berkaitan terutama sekali kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada PROSTEC untuk tampil di hadapan kaca TV. 

PROSTEC Di Buletin Utama TV3 (short clip)


*UPDATE* : Untuk klip video FULL version, klik sini.

rexx

Buletin PROSTEC Versi Mini!


         Pada 16hb dan 20hb November yang lalu, PROSTEC telah menerbitkan dua lagi isu terbaru bagi Buletin PROSTEC, iaitu Isu 8 dan Isu 9. Namun, Buletin PROSTEC isu terbaru ini mempunyai sedikit kelainan berbanding isu-isu sebelumnya. 
         Nak tahu apa? Kelainan yang terdapat dalam Buletin PROSTEC isu terbaru ini dapat dilihat melalui SAIZnya, kalau dahulu Buletin PROSTEC Isu 1 pernah diterbitkan dalam saiz A3, kemudian isu seterusnya diterbitkan pula dalam saiz A4 dan bagi isu yang terbaru ini pula, (Isu 8 dan 9) Buletin PROSTEC telah diterbitkan dalam saiz A4 tetapi versi mini (A4 dilipat menjadi dua bahagian). Kami membuat sedikit kelainan pada Buletin PROSTEC isu terbaru ini sebagai kaedah terbaru dalam penghasilan buletin kami, kami  juga mentakrifkan Buletin PROSTEC versi mini sebagai portable bulletin kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
          Buletin PROSTEC isu terbaru ini juga kami muatkan pelbagai info-info yang terkini dan menarik khas untuk para pembaca. Nantikan Buletin PROSTEC Isu 10 yang akan diterbitkan tidak lama lagi. 
Salam Satu Untuk Semua

"INFORMASI INTELEKTUAL INSPIRASI MINDA"


  rexx

Buletin PROSTEC / Minggu Disiplin / 'Secret Penpal'


         Pada minggu yang lalu, PROSTEC telah menerbitkan 3 isu Buletin PROSTEC yang terbaru iaitu, ISU 5 (edisi tebal) yang diterbitkan pada  9 November, ISU 6 yang diterbitkan pada 11 November dan ISU 7 yang telah diterbitkan pada 13 November yang lalu.
         Buletin PROSTEC bagi isu-isu yang terbaru akan diterbitkan dalam masa yang terdekat ini, dapatkan Buletin PROSTEC isu yang seterusnya untuk info-info dan maklumat yang menarik.


        PROSTEC juga telah membuat satu program yang dinamakan Minggu Disiplin atau juga dikenali sebagai Minggu Bisu. Program ini dikendalikan oleh EXCO Disiplin PROSTEC sendiri dan telah bermula pada hari Ahad yang lalu selama 2 minggu.
       Minggu Disiplin ini merupakan program di mana ahli-ahli PROSTEC diarahkan untuk menjaga tingkah laku & sikap mereka selama 2 minggu untuk melatih mereka mendisiplinkan diri di samping melakukan tanggungjawab mereka sendiri. Dalam program ini, setiap ahli PROSTEC diberikan 100 asset penuh untuk permulaan. Ahli-ahli yang melanggar peraturan program atau melakukan kesalahan akan ditolak/dipotong asset mereka mengikut jenis kesalahan yang ditetapkan.  Manakala, ahli-ahli yang membuat kebaikan akan ditambah asset mereka.
       Di samping itu, PROSTEC juga telah mengadakan program yang dinamakan ‘Secret Penpal’. Aktiviti ini mewujudkan hubungan dua hala antara penjaga dan yang dijaga. Dalam aktiviti ini juga, setiap ahli akan dijaga oleh seorang ahli yang tidak diketahui identitinya. Pada masa yang sama, ahli yang menjaga sama sekali tidak dibenarkan untuk memberitahu atau memaklumkan kepada sesiapa nama ahli yang dijaganya. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dan rasa kekeluargaan dalam kalangan ahli PROSTEC.

rexx


PENGAMBILAN AHLI BARU PROSTEC (OKT 2009)


          
           PROSTEC telah membuka sesi temuduga bagi pengambilan ahli baru pada 26 Oktober 2009 yang lalu. Tempoh sesi temuduga ini bermula pada 26 Oktober 2009 hingga bulan November 2009, bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.
           Sesi temuduga ini mempunyai tiga tapisan. Tapisan pertama akan diadili oleh ahli-ahli PROSTEC sendiri, tapisan kedua diadili oleh ahli Majlis Tertinggi PROSTEC, dan bagi tapisan ketiga pula akan diadili oleh Penasihat PROSTEC sendiri. Lokasi sesi temuduga ini bertempat di Pusat Temuduga PROSTEC, Kolej Masterskill KK. Sesi temuduga ini terbuka khususnya bagi pelajar Kolej Masterskill KK sahaja.
          PROSTEC ingin memberi peluang khususnya kepada pelajar Kolej Masterskill KK, yang ingin mendalami ilmu komputer dan teknologi. Pelbagai aktiviti yang menarik turut dianjurkan oleh PROSTEC. Inilah peluang anda untuk mempelajari sesuatu yang baru.
         Bagi sesiapa yang berminat ingin menjadi ahli PROSTEC, sila datang ke Pusat Temuduga PROSTEC pada waktu dan masa yang ditetapkan. Rujuk pada iklan yang telah ditampalkan atau hubungi mana-mana ahli PROSTEC.

rexx