PROSTEC Di Buletin Utama TV3?

Tak percaya? Berikut merupakan slot-slot gambar yang terdapat di dalam klip video tersebut. 





Pada 13 Mac yang lalu, Buletin Utama yang bersiaran di TV3 telah menayangkan satu slot berkaitan dengan kolej swasta & institusi pengajian tinggi, Yang menariknya, slot tersebut ‘dibintangi’ oleh ahli-ahli PROSTEC sendiri dan beberapa pelajar Kolej Masterskill yang lain. 

Dalam slot tersebut, diterangkan mengenai sebanyak 60 kolej swasta di seluruh Malaysia telah dibatalkan pendaftaran mereka. Berita tersebut mengatakan ada diantara kolej-kolej swasta tersebut gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebagai contoh, kolej tersebut gagal menyediakan pensyarah dan tenaga pengajar yang mencukupi selain gagal menyediakan prasarana dan peralatan pembelajaran yang telah ditetapkan. Persoalannya, bagaimanakah ahli-ahli PROSTEC boleh berada dalam slot tersebut? Bilakah klip video tersebut dirakamkan?

Sebenarnya klip video tersebut telah dirakamkan pada 27 Februari 2009 yang lalu iaitu pada Majlis Pembukaan Rasmi (Grand Opening) Kolej Masterskill Metro Kampus KK yang dirasmikan oleh Datuk Musa Haji Aman. 

Seluruh warga PROSTEC berbangga dengan pencapaian ini dan ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang berkaitan terutama sekali kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada PROSTEC untuk tampil di hadapan kaca TV. 

PROSTEC Di Buletin Utama TV3 (short clip)


*UPDATE* : Untuk klip video FULL version, klik sini.

rexx

1 comment: