Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN

Program Sukarelawan Teknologi ataupun lebih dikenali sebagai PROSTEC merupakan satu pertubuhan sukarela yang telah ditubuhkan di Kolej Masterskill Metro Kampus di Kota Kinabalu, Sabah. Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Ogos 2008 oleh Encik Abdullah Fadhil bin Astawi yang juga bertindak selaku Penasihat bagi pertubuhan ini. 

Pada awal penubuhan PROSTEC, hanya 14 orang yang telah berjaya dipilih secara rasmi menjadi ahli PROSTEC dan seterusnya organisasi PROSTEC telah dibentuk.



Ahli terdahulu - Kasim Mudin Werlis (Presiden), Rosmah Mohd Rosli (Timbalan Presiden), Malma Piore (Setiausaha Agung), Sujiana Indanan (Timbalan Setiausaha Agung), Sylvia Naikol (Bendahari), Pederlia Anak Rintai (Timbalan Bendahari), Elyona Ambatik (Ketua Biro Disiplin), Mohd. Azrul bin Abd. Murad (Ketua Biro Media), Raizah Mustapa (Timbalan Ketua Biro Media), Harris Halimau (Ketua Biro Penerangan), Maimunah Hairen (Timbalan Ketua Biro Penerangan), Muhammad Rezuaan (Ketua Biro Aktiviti dan Protokol), Ainie Weh (Timbalan Ketua Biro Aktiviti dan Protokol), dan Helorina Galiwas (Pembantu Timbalan Ketua Biro Aktiviti dan Protokol).


OBJEKTIF PENUBUHAN
  1. Untuk melahirkan para ahli PROSTEC yang mahir menyelenggara komputer.
  2. Memberi pendedahan kepada para ahli PROSTEC menjalani latihan praktikal dan teori penyelenggaraan komputer.
  3. Mengurangkan rungutan kerosakan komputer sama ada dari para pelajar mahupun pensyarah di Kolej Masterskill Metro Kampus Kota Kinabalu, Sabah.
  4. Mengukuhkan aspek pengurusan dan pentadbiran Kolej Masterskill Metro Kampus Kota Kinabalu, Sabah.
  5. Mendedahkan para ahli PROSTEC kepada aspek pengurusan dan perlaksanaan melalui pelbagai aktiviti sosial, pendidikan dan lain-lain.
  6. Untuk memastikan para ahli PROSTEC dapat didedahkan kepada tanggungjawab dunia pekerjaan secara nyata.

1 comment:

  1. Aku
    hanya sinar yang melintas sekedip
    bagai kunang-kunang kecil
    dan engkau
    sayap-sayap yang meranggas seusai
    sekepak kau mengudara
    membawa hatiku semua

    Kita
    adalah kata yang terlambat tercipta
    yang semestinya yang tak terjadi
    dan cinta
    ialah rasa yang pertama dan terakhir
    ‘tuk meragum kerinduan, kepasrahan dan maafku...

    ‘tuk semua yang terlambat kulakukan
    ‘tuk semua yang tak sanggup ku janjikan
    ‘tuk semua...

    Lama ku coba, memandang jejak kaki kita tanpa sesal
    pertemuan kita semua tanpa aku mengerti
    indahnya arti hari ini tanpa harapan ‘tuk kembali...

    ke semua yang tak sempat ku ungkapkan
    ke semua yang tak tepat ku katakan
    tak usai ku jalani
    tak ingin ku ingkari...
    dan semua...kenangan lalu masih hidup ku genggami..

    to all my frenz prostec and sir fadhil... mizz u all so much

    ReplyDelete