Produk terbaru Microsoft—WINDOWS 7

Microsoft telah mengeluarkan Windows terbarunya iaitu Windows 7  dan akan keluar dalam versi penuh pada bulan Ogos 2009. Dalam Windows 7 yang terbaru ini, Microsoft telah memperbaiki dan memberikan inovasi baru pada Windows 7 dengan menambah pelbagai ciri-ciri terbaru dalam Windows 7 ini. Proses pemasangan Windows 7 Beta adalah mudah dan pantas, malah lebih pantas dari Vista dan XP.

Microsoft kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba versi Windows yang terbaru ini, iaitu Windows 7. Jadi anda boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkannya dengan memuat turun Windows 7 Beta dari laman web rasmi Microsoft secara percuma. Namun, perlu diingatkan bahawa Windows 7 Beta adalah versi percubaan sahaja, dan lesen percuma akan tamat pada bulan Ogos 2009. Dapatkan Windows 7 Beta di laman web rasmi Microsoft.

Desktop asas Windows 7 Beta adalah berwarna biru, dengan gambar seekor ikan di tengah lautan yang luas.



Klik kanan pada desktop untuk melihat menu Gadgets dan Personalization. Dari menu inilah anda dapat mengubahsuai desktop Windows 7 Beta mengikut citarasa anda sendiri.

Dari menu Gadgets, anda boleh menambah apa-apa gajet dan susun (atau teraburkan) pada desktop anda.



Dari menu Personalization pula, anda boleh mengubah tema, warna, mahupun bunyi dalam Windows.



Apabila anda mengubah tema, wallpaper dan warna asas turut diubah. Saya dapati proses menukar tema ini lebih pantas dari Windows XP.

Taskbar dan Start Menu Pelbagai Fungsi

Ikon dalam Taskbar adalah lebih besar, tanpa teks di sebelahnya. Semua tetingkap yang terbuka dalam Windows tidak diletakkan satu-persatu pada Taskbar, tetapi disusun mengikut program tersebut.



Apabila anda menggerakkan mouse di atas taskbar, ia akan memaparkan thumbnail mengenai aplikasi yang sedang dibuka. Anda juga boleh gerakkan mouse pada thumbnail tersebut untuk paparkan saiz sebenar tetingkap tersebut. Malah, anda boleh terus tutup satu-satu tetingkap dari thumbnail ini.



Start Menu adalah peningkatan dari Windows Vista. Apabila anda mula menaip dalam Start Menu, ia akan mencari program mengikut kata kunci anda.

Program-program Asas
Pelbagai program-program asas dalam Windows 7 telah mendapat sentuhan baru, serta diberikan antara muka Ribbon. Antaranya ialah Paint, WordPad kini berkeupayaan membuka fail .docx  walaupun tanpa Microsoft Office 2007.



Sambung Kepada Wi-Fi dengan Mudah
    Ikon network yang terletak pada Taskbar memudahkan anda untuk menyambung pada mana-mana Wi-Fi di kawasan anda. Hanya klik pada ikon tersebut, dan pilih pada sambungan Wi-Fi yang anda mahu.

Tanggalkan USB Drive dengan Mudah
    Apabila anda klik pada ikon “Safely Remove Hardware”, ia bukan sahaja memaparkan drive letter bagi pendrive anda, malah namanya sekali. Jadi anda tahu pendrive mana yang anda ingin tanggalkan. Mungkin ini hanya fungsi yang kecil, namun ianya sangat memudahkan kerja.



Kawal Notifikasi dari User Account Control (UAC)
    Sekiranya dalam Vista, fungsi UAC sangat menyusahkan anda, kini pada Windows 7 anda boleh mengawal amaran yang diberikan olehnya.




    Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh berkunjung ke laman web rasmi Microsoft, di situ juga anda  boleh memuat turun Windows 7 versi Beta dan nantikan Windows 7 versi penuh yang akan keluar pada bulan Ogos nanti.


Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 4)

No comments:

Post a Comment