Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

8 Tips Mempercepatkan WINDOWS Anda!


Pada kali ini kami akan mengajar anda sedikit sebanyak tentang tips-tips dan trik bagi mempercepatkan Windows anda.  Berikut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh Windows dan cara untuk mengatasinya.

1. Start Up lambat.
- klik START > Run,
- taipkan msconfig dalam kotak  disediakan.
- di tab `Startup’, un-tick program-program yang anda tidak perlukan.

2. START Menu lambat muncul.
- klik START > Run dan taipkan regedit.
- klik HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop, cari MenuShowDelay dan klik dua kali untuk mengubah nilainya.
- Lebih rendah nilainya, lebih cepat START Menu akan muncul.

3. Menu `Send To’ lambat.
- klik START > Run dan taipkan `sendto’.
- buang item-item yang anda tidak inginkan dalam menu `Send To’ anda.

4. Proses `defragment’ lambat.
- gunakan perisian Defraggler atau Smart Defrag.
- boleh dimuat turun secara percuma dari internet dan beroperasi lebih cepat dari Defragment yang sedia ada pada Windows anda.

5. My Computer lambat `loading’.
- Buka My Computer, klik menu Tools > Folder Options.
- klik pada tab `View’ dan un-tick `Automatically search for network folders and printers’.

6. Add/Remove Programs lambat loading.
- gunakan perisian CCleaner atau Revo Uninstaller sebagai penggantinya.
- boleh dimuat turun secara percuma dari internet dan beroperasi lebih cepat.

7. Program yang hang lambat dimatikan.
- Sebagai contoh, jika anda klik `End Task’, program tersebut tidak akan dimatikan secara automatik, mungkin perlu di`klik’ berkali-kali.
- klik START > Run dan taipkan regedit.
- klik HKEY_LOCAL_MACHINE > System > CurrentControlSet > Control dan ubahkan nilainya kepada 1000.

8. Sederhanakan tampilan (appearance) Windows anda  untuk meningkatkan `performance’.
- buka Control Panel > System.
- klik tab `Advanced’ dan di bahagian `Performance’, klik Settings.
- pilih `Adjust for best performance’ dan klik OK.

Selamat mencuba!

Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 4)

CARA MELINDUNGI PC ANDA

Jika PC anda sering dikongsi dengan rakan-rakan atau keluarga dan juga bersambung ke internet, maka ia pasti terdedah kepada jangkitan virus atau sebarang perisian jahat. Dengan cara-cara berikut boleh membantu anda dalam mengendalikan PC anda supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku jangkitan virus.

PENGENDALIAN PC BERJANGKIT
    Pembersihan : Operasi pembersihan wajar dilakukan terutamanya jika prestasi komputer anda menjadi semakin lemah atau menurun. Jadi, anda mungkin perlu membersihkan folder `temporary internet files’ dan `temp’ terlebih dahulu. Jika langkah ini dirasakan sukar, tinggalkan dahulu dan lakukan kembali.

    Pemeriksaan segera : Bagi mendapatkan penilaian serta merta, langkah ini boleh dibuat dengan pergi ke mana-mana laman web yang menyediakan khidmat pengimbasan dalam talian (online). Selepas pergi ke laman tersebut, tunggu kira-kira 30 saat (mungkin lebih lama pada sistem perlahan) untuk melihat laporan yang muncul. Catat setiap jenis parasit yang berjaya dikesan. Perlu diingatkan, kaedah ini tidak semestinya menyeluruh, tetapi boleh memberi gambaran awal dan boleh mengesan parasit yang gagal dikesan dengan cara lain.

    Membuang program : Sesetengah parasit  boleh dibuang dengan mudah dan berkesan menerusi aplikasi Add/Remove Programs dalam Windows Control Panel. sesetengahnya masih degil dan tidak berjaya dibuang, bahkan banyak juga yang tidak kelihatan menerusi aplikasi ini. Bagaimanapun, sesetengahnya seperti parasit WildTangent, Weatherbug, dan Viewpoint yang sering ditemui, boleh dibuang disini.
    Jadi, sekiranya parasit itu berjaya disingkirkan menerusi aplikasi tersebut, maka tugas anda lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan perisian pembersihan lain. Tetapi ada parasit-parasit serius yang gagal disingkirkan kelihatan dalam aplikasi Add/Remove Programs. Parasit-parasit itu dikenali sebagai My Search, MyWay, MyWeb, MyWebSearch, dan lain-lain lagi. Apa pun, parasit ini mesti dihapuskan.

    Menyediakan peralatan (tools) : Anda boleh memuat turun (download) mana-mana aplikasi pembanteras yang sesuai seperti CWShredder dan Ad-Aware. Selepas ia dimuat turun, ia boleh ditempatkan di bahagian desktop. Selepas perisian ini dipasang, anda boleh memutuskan talian internet sebelum PC anda di’restart’kan. Satu lagi aplikasi popular yang anda boleh gunakan ialah Spybot Search & Destroy.
   


    Jalankan CWShredder : Seterusnya, buka program CWShredder dari folder zipnya, dan tutup semua pelayaran web dan program lain yang sedang berjalan. Kemudian, pasang utiliti  ini dan aktifkan agar ia menjalankan operasinya. Anda boleh menjalankan CWShredder dahulu kerana ada sesetengah versi parasit seperti  CoolWebSearch yang boleh menghalang fungsi Ad-Aware dan utiliti seumpamanya dari berfungsi dengan berkesan. Kini, CWShredder dianggap sebagai salah satu peralatan yang penting.




   Jalankan Ad-Aware :  Pasang perisian ini, kemudian update dan baru dijalankan. Biar aplikasi ini membuang parasit yang ditemuinya. Perlu diingatkan, untuk parasit-parasit yang sedang beroperasi, Ad-Aware mungkin tidak boleh membuangnya ketika pengimbasan pertama. Biasanya, anda mungkin diminta untuk mencubanya sekali lagi selepas sistem di’boot’kan. Jadi cuba semula. Jika meminta berbuat begitu, anda boleh ’boot’ semula sistem dan menjalankan Ad-Aware sekali lagi.
    Bagi mendapatkan fungsi yang lebih canggih, anda boleh memasang dan menjalankan Spybot Search & Destroy. Dalam kebanyakan kes, anda boleh membuang item-item berwarna merah yang berjaya dikesannya. Bagaimanapun, anda mungkin masih perlu berhati-hati ketika menggunakan perisian ini.  

Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 4)

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa MAUT!!

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap - trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP. 

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Simptom-simptom :
  • Cepat penat 
  • Mengah 
  • Sakit dada
  • Denyutan nadi laju 
  • Lemah di bahagian kaki 
  • Kurang selera makan 
  • Batuk 
  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif
  • Senggal-senggal di bahagian bahu 
  • Mata terasa pedih 
  • Pening yang berterusan
Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 3)