Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanya cakera liut (disket). Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh menyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB disokong oleh sistem pengendalian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux.
Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus ke komputer.
Kegunaan
- Menyimpan dan mengangkut data .
- Boleh digunakan sebagai peranti sandaran (backup) bagi pengangkutan pemulihan ataupun boleh mengangkut sesetengah antivirus bagi memulihkan PC yang dijangkiti virus.
- Boleh menyimpan konfigurasi sistem serta perisian utiliti bagi tujuan penyelenggaran sistem komputer.
- Boleh membawa perisian aplikasi (application software) yang tidak memerlukan pemasangan (installation) agar dapat digunakan pada mana-mana komputer .
- Juga boleh digunakan bagi tujuan memulakan sistem pengoperasian, tetapi bergantung pada BIOS tertentu.
- Kini terdapat set hi-fi rumah serta set audio kereta yang turut menyertakan port USB, membolehkan lagu-lagu daripada pemacu kilat USB dimainkan secara terus.
Kebaikan
- Tidak terjejas oleh kesan calar, hakisan ataupun habuk serta tahan lasak.
- Bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.komputer yang dilengkapi port USB.
- Ketumpatan storan data yang tinggi.
- Disokong oleh semua sistem pengoperasian terkini.
- Kitar tulis-padam yang lebih tinggi berbanding CD-RW, DVD-RW dan DVD-RAM.
Kelemahan
- Mudah hilang kerana reka bentuk yang kecil.
- Walaupun harga pemacu kilat semakin murah, kos spesifik penyimpanan data di dalam pemacu kilat masih lebih tinggi daripada DVD-RW.
- Kebanyakan model pemacu kilat tidak dilengkapi ciri keselamatan seperti suis lindung-tulis ataupun perisian kata laluan, maka lebih mudah berdepan risiko dijangkiti virus.
- Boleh dirosakkan akibat pendawaian port USB yang tidak betul pada komputer.
No comments:
Post a Comment