
Taipkan sesuatu di address bar (dikenali sebagai omni-bar dalam Google Chrome), dan ia akan mencadangkan carian atau laman web yang relevan. Anda juga boleh terus bookmark satu-satu laman web dengan menekan ikon bintang di omni-bar tersebut, sama seperti Firefox.
Terdapat satu mod dalam Google Chrome yang dikenali sebagai Incognito. Apabila anda mengaktifkan mod ini, Google Chrome tidak akan menyimpan rekod tentang laman web yang anda kunjungi, carian anda, atau sebarang cookie. Gunakan mod ini sekiranya anda tak mahu orang tahu laman web apa yang anda kunjungi.

Google Chrome turut menyediakan fungsi Inspector yang menyerupai Firebug dalam Firefox dan Dragonfly dalam Opera. Alat ini sangat berguna buat para pembangun web.

Google Chrome banyak mengambil fungsi-fungsi yang terdapat dalam Firefox, Opera, serta web browser yang lain bagi menjadikannya web browser yang hebat. Namun pengguna Firefox yang gemarkan extension, serta pengguna Opera yang cintakan fungsi built-in mungkin masih belum akan menukar web browser mereka. Terpulang kepada anda, cubalah.
Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 3)
No comments:
Post a Comment