AntiVirus - Mana Satu Jadi Pilihan?

Mungkin sehingga kini anda masih bingung dalam mencari perisian anti-virus yang terbaik untuk komputer dan keselesaan anda, namun setiap individu mempunyai pilihan antivirus masing-masing.


Ada yang mengatakan bahawa anti-virus Kaspersky yang terbaik, namun ada juga menyatakan anti-virus AVG yang terbaik dan percuma dan banyak lagi pandangan individu masing-masing. Ada juga yang mengatakan semua perisian antivirus adalah sama, yang penting mesti selalu dikemaskini (update).


Namun, jika kita lihat dengan teliti, terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan dalam setiap perisian antivirus ini. Tidak semua perisian antivirus ini memiliki ciri-ciri dan penyediaan perkhidmatan yang sama. Yang paling penting adalah memilih antivirus versi terkini, sentiasa update dengan virus definition terkini dan sebagainya.


Antara soalan-soalan lazim yang sering diutarakan oleh pengguna-pengguna antivirus ialah,


Saya sudah update antivirus saya tetapi kenapa virus yang ada dalam komputer saya masih tidak dapat dikesan?


- Hal ini kerana kemungkinan virus yang terdapat dalam komputer anda adalah terbaru dan belum ada dalam database senarai virus antivirus yang anda guna.Cara yang paling mudah ialah kirim virus ini ke lab antivirus yang anda gunakan.


Perlukah saya memuat turun setiap versi terkini perisian antivirus supaya tidak dijangkiti mana-mana virus?


- Perkara ini tidak perlu sebenarnya, misalnya anda menggunakan perisian antivirus Kaspersky versi 7 dan terdapat versi yang terbaru, anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh menggunakan versi yg terdahulu dan yang penting versi yang anda guna masih boleh diupdate selalu. Jika antivirus yang anda guna tersebut sudah tidak boleh diupdate adalah lebih baik jika anda upgrade antivirus anda. Sekiranya anda mempunyai wang yang lebih adalah lebih baik jika anda menggunakan versi yang terkini supaya komputer anda lebih terjamin.


Perlukah kita update antivirus kita setiap hari? Dan bagaimana nak update jika tiada sambungan internet??


Bagi saya anda tidak perlu bersusah payah dan membuang masa untuk update antivirus anda setiap hari, adalah lebih baik seminggu sekali. Jika mereka yang mempunyai sambungan internet di rumah tentu sangat mudah kerana antivirus anda akan diupdate secara automatik. Tetapi jika anda tidak mempunyai internet di rumah, anda boleh memuat turun fail update database terkini untuk antivirus anda di mana-mana cyber cafe dan letak dalam pendrive, seterusnya lakukan update dengan cara manual. Anda boleh mendapat fail database terkini ini di laman web rasmi antivirus tersebut atau softpedia.com.

Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 1)

 

No comments:

Post a Comment