Tahukah anda, apabila komputer anda bersambung dengan internet, risiko untuk komputer anda dijangkiti virus juga meningkat?
Jangan risau!! Untuk mengelak atau mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus, ikuti langkah-langkah di bawah ini:
Langkah 1 : Pasang Program Antivirus dan Updatekan setiap hari - Pastikan komputer anda mempunyai antivirus yang bagus, tidak kira sama ada yang percuma (freeware) atau berbayar (shareware). Yang penting di sini adalah anda mesti lakukan ‘update’ sekerap yang boleh, tidak kiralah apa-apa program pun yang anda pakai.
Langkah 2 : Memasang ‘Firewall’ - Komputer dengan perisian Windows memang sudah didatangkan dengan built-in firewall. Namun begitu, firewall Windows hanyalah asas sahaja. Adalah disyorkan anda memasang program firewall untuk lebih kawalan dan sekuriti. Jika tidak mampu untuk keluarkan duit membeli mana-mana program firewall, guna sahaja firewall yang percuma. Dengan memasang firewall tambahan, apa-apa aktiviti dari luar akan disekat terlebih dahulu oleh firewall. Ini akan memberi lebih perlindungan kepada komputer anda daripada ancaman virus, spyware, atau apa-apa sahaja ancaman yang mungkin akan memberi kerosakan terhadap komputer anda.
Langkah 3 : Memasang Spyware/Adware Removal -Bukan virus sahaja yang berbahaya, spyware atau adware juga boleh mengancam keselamatan komputer anda. Terdapat program antivirus yang menawarkan fungsi ini sebagai tambahan. Program ini juga perlu kerap diupdate selepas memasangnya di komputer. Pastikan selepas memasangnya, scan komputer anda sekurang-kurangnya 2 bulan sekali untuk membersihkan spyware atau adware yang mungkin terdapat di dalam komputer anda.
Langkah 4 : Gunakan web browser selain dari Internet Explorer -Untuk makluman anda, banyak pembuat virus menyebarkan virus melalui Internet Explorer kerana penggunanya yang paling ramai di dunia. Dengan menggunakan browser selain dari Internet Explorer, anda berjaya mengurangkan risiko diserang virus. Contoh browser yang popular adalah Mozilla Firefox dan Opera.
Langkah 5 - Scan pendrive/thumbdrive anda atau rakan-rakan terlebih dahulu sebelum anda membuka foldernya. KERANA… pemiliknya kadang-kadang tidak sedar thumbdrivenya telah pun dijangkiti virus.Tips Mudah - Untuk elakkan daripada terkena jangkitan virus, cuba biasakan membuka folder dengan klik kanan thumbdrive folder dan pilih open. Jika anda nampak pada menu, ada pilihan autoplay, ada kemungkinan pendrive itu dijangkiti virus!
Langkah 6 - Scan fail zip yang anda download. Jika anda mendownload fail .zip (atau apa-apa format compressed fail) dari sumber yang anda tidak pasti kesahihannya, scan terlebih dahulu fail .zip tersebut.
Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 3)
Apparently, the computer can also be infected by virus juga.Sebenarnya computer virus which kind
ReplyDeletetogel singapore