Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka PROSTEC!


Pada 2 Oktober (Jumaat) yang lalu, PROSTEC telah mengadakan satu majlis sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka bersempena dengan perayaan Hari Raya yang telah menjelang beberapa minggu yang lalu. Majlis ini bermula pada pukul 4 petang hingga 7 malam dan bertempat Student Resource Centre, berhadapan dengan Kolej Masterskill. 

Sungguh pun Hari Raya telah berlalu, majlis anjuran PROSTEC ini tetap meriah dengan kehadiran para tetamu, staff dan para pelajar Kolej Masterskill. Antara pengisian dalam majlis ini, diikuti dengan pembacaan doa oleh Sdra. Kasim Mudin bin Werlis, ucapan alu-aluan daripada Pengarah Majlis, Cik Aivy Padalis, ucapan alu-aluan daripada Pengetua Kolej Masterskill KK, Pn. Annie Cheng, ucapan khas daripada Pengurus Cawangan Kolej Masterskill KK, Encik Victor Sylvester, persembahan nyanyian ahli-ahli PROSTEC, persembahan aneka ragam Aidilfitri (Jangan Lupa Lirik Ala PROSTEC), jamuan makan, dan juga sesi bergambar. 

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Semoga jalinan ukhwah di antara seluruh warga Kolej Masterskill menjadi lebih erat. Wassalam.


Staff2 & lecturer Masterskill..



Para tetamu sedang menjamu hidangan yang disediakan..



Banner D.I.Y PROSTEC!



Ahli PROSTEC wanita sedang menunggu ketibaan para tetamu..



Riang Raya PROSTEC!


*rexx*

Carta Organisasi PROSTEC 2009


PENASIHAT PROSTEC
Encik Abdullah Fadhil bin Astawi

PRESIDEN
Elyona Ambatik

TIMBALAN PRESIDEN
Raizah bt. Mustapa

NAIB TIMBALAN PRESIDEN
Kasim Mudin bin Werlis (EXCO Aktiviti)
Becker Ray Benedict (EXCO Protokol)
Rex Shamree Amiro Azree (EXCO Media)
Ainie Weh (EXCO Penerangan)

JAWATANKUASA DISIPLIN (EXCO DISIPLIN) 
Readin Ompok
Rosdiannah Kotung  - Timbalan 

SETIAUSAHA AGUNG
Malma Piore 
Rosmah Mohd. Rosli - Timbalan

BENDAHARI
Pederlia Anak Rintai
Atin Esmani - Timbalan

EXCO PENERANGAN
Viola Vels Rayner Epin
Rozzaimie Etib - Timbalan

EXCO PROTOKOL
Aivy Padalis
Mawar Saddali - Timbalan

EXCO MEDIA
Nerpi Bernard 
Sarini Sahbarali - Timbalan

EXCO AKTIVITI
Rafidah bt. Sedup
Semilin Manulis - Timbalan

TUGAS-TUGAS KHAS
Nur Suhadah Suhaidi
Rozanna Odotong
Mohd. Ajirol bin Abingkok
Joel Abby Gubud

Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN

Program Sukarelawan Teknologi ataupun lebih dikenali sebagai PROSTEC merupakan satu pertubuhan sukarela yang telah ditubuhkan di Kolej Masterskill Metro Kampus di Kota Kinabalu, Sabah. Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Ogos 2008 oleh Encik Abdullah Fadhil bin Astawi yang juga bertindak selaku Penasihat bagi pertubuhan ini. 

Pada awal penubuhan PROSTEC, hanya 14 orang yang telah berjaya dipilih secara rasmi menjadi ahli PROSTEC dan seterusnya organisasi PROSTEC telah dibentuk.



Ahli terdahulu - Kasim Mudin Werlis (Presiden), Rosmah Mohd Rosli (Timbalan Presiden), Malma Piore (Setiausaha Agung), Sujiana Indanan (Timbalan Setiausaha Agung), Sylvia Naikol (Bendahari), Pederlia Anak Rintai (Timbalan Bendahari), Elyona Ambatik (Ketua Biro Disiplin), Mohd. Azrul bin Abd. Murad (Ketua Biro Media), Raizah Mustapa (Timbalan Ketua Biro Media), Harris Halimau (Ketua Biro Penerangan), Maimunah Hairen (Timbalan Ketua Biro Penerangan), Muhammad Rezuaan (Ketua Biro Aktiviti dan Protokol), Ainie Weh (Timbalan Ketua Biro Aktiviti dan Protokol), dan Helorina Galiwas (Pembantu Timbalan Ketua Biro Aktiviti dan Protokol).


OBJEKTIF PENUBUHAN
  1. Untuk melahirkan para ahli PROSTEC yang mahir menyelenggara komputer.
  2. Memberi pendedahan kepada para ahli PROSTEC menjalani latihan praktikal dan teori penyelenggaraan komputer.
  3. Mengurangkan rungutan kerosakan komputer sama ada dari para pelajar mahupun pensyarah di Kolej Masterskill Metro Kampus Kota Kinabalu, Sabah.
  4. Mengukuhkan aspek pengurusan dan pentadbiran Kolej Masterskill Metro Kampus Kota Kinabalu, Sabah.
  5. Mendedahkan para ahli PROSTEC kepada aspek pengurusan dan perlaksanaan melalui pelbagai aktiviti sosial, pendidikan dan lain-lain.
  6. Untuk memastikan para ahli PROSTEC dapat didedahkan kepada tanggungjawab dunia pekerjaan secara nyata.

Ikrar PROSTEC




Bahawasanya, Saya ahli Program Sukarelawan Teknologi
dengan penuh sedar berikrar dan mengaku bahawa saya
akan :

Mematuhi perlembagaan, tanggungjawab dan etika yang
berkuatkuasa di dalam Program Sukarelawan Teknologi
ini.

Melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dengan
mematuhi prinsip-prinsip berikut :

Mesti mematuhi masa
Patuh dan setia 
Rajin bertanya dan pantas belajar
Sentiasa sedia menerima arahan 
 Bertugas tanpa mengharapkan balasan 

Menjadi warga yang berdisiplin dan mengutamakan
kecemerlangan akademik serta mengutamakan kualiti
ketika melaksanakan sebarang aktiviti.

Meningkatkan martabat dan prestij PROSTEC dan berbakti
mencapai kesejahteraan warga masyarakat.