Kaum lelaki ini bukan senang untuk mendapatkan rahsia mereka. Kalau ditanya seribu kali pun, sukar untuk mereka bercerita. Tapi berdasarkan sikap dan gerak-geri, kita boleh melihat apa yang tersirat dalam diri mereka. Mungkin dengan cara ini, wanita akan dapat lebih memahami lelaki yang kadang-kadang buat `perangai’.
1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya kena cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan tinggi. Itulah sebenarnya yang lelaki cari dalam diri wanita.
1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya kena cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan tinggi. Itulah sebenarnya yang lelaki cari dalam diri wanita.
2. Lelaki mudah menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka sama ada dari segi pemikiran atau minat. Ini memudahkan komunikasi dan tidak ada pertengkaran.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh seorang wanita. Itulah sebabnya, kadang-kala mereka kelihatan bersikap endah tidak endah.
4. Majoriti lelaki akan resah bila berhadapan dengan situasi mengajak wanita keluar untuk kali pertama. Kononnya, malulah kalau wanita itu menolak. Tapi sebenarnya, hati berasa tidak tentu arah dan berdegup kencang.
5. Bila lelaki cakap “Emm...tengoklah dulu”, itu bermaksud jawapannya tidak atau kurang setuju. Jadi wanita, kalau sudah dengar bunyi macam itu, faham-faham sahajalah. Jangan terlalu mengharap sangat lelaki setuju.
6. Biasanya, lelaki yang kelihatan tertekan atau kurang selesa dengan, datang dari sekolah budak-budak lelaki. Tapi, bukan semuanya. Bahkan kalau sudah biasa bergaul, mereka ada bakat jadi playboy juga.
7. Betapa hebat pun lelaki mempunyai kawan-kawan wanita yang cantik dan ramai, dia tetap mempunyai seorang sahaja teman wanita istimewa. Pasti akan ada seorang wanita yang betul-betul mencuri hatinya.
8. Bila hubungan putus di tengah jalan, lelaki tidak akan menunjukkan kesedihannya di depan orang. Mereka perlu nampak macho setiap masa. Kalau sedih-sedih nanti kena kutuk pula dengan teman-teman sekeliling.
9. Jika meminati seseorang lelaki, wanita harus memberikan hint. Mana tahu lelaki itu pun menaruh minat. Kadang-kadang lelaki ini tidak perasan wanita sukakannya sampailah ada orang yang memberitahu.
10. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka akan lebih tertewas jika air mata itu mengalir dari seorang wanita yang mereka kasihi. Sebab itulah air mata dikatakan senjata wanita.
Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 4)
No comments:
Post a Comment