
Kematian beliau dipercayai berpunca daripada masalah jantung yang dihadapinya selain berdepan dengan banyak tekanan akhir-akhir ini. Beliau yang ditemui kelihatan tidak lagi bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumah sewanya di Holmby Hills sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
Pemergian Michael Jackson atau MJ ini telah mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan yang besar dalam industri hiburan antarabangsa dan juga kepada para peminatnya.
Lokasi pengebumian beliau masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini walaupun majlis khas untuk memberi penghormatan terakhir kepada Michael yang diadakan di arena sukan Staples Center telah berakhir beberapa minggu yang lalu.

Michael menampilkan album sulungnya, iaitu Off The Wall pada tahun 1979 dan album keduanya Thriller pada tahun 1982, yang menjadi album paling laris jualannya sepanjang zaman. Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.
Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga apabila beraksi di pentas—dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.
Beliau yang pernah menerima Anugerah Grammy sebanyak 13 kali itu semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi termasuk tuduhan mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada tahun 1993.
Beliau yang pernah menerima Anugerah Grammy sebanyak 13 kali itu semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi termasuk tuduhan mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada tahun 1993.

Sebenarnya, Michael sebelum ini sedang sibuk membuat persiapan bagi konsert `comeback’ tour besar-besaran yang bermula di London dan dijangka bermula Julai 2009 ini. Tetapi perancangan rapi beliau gagal akibat kematian ini.
Beliau juga yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley (anak kepada mendiang Elvis Presley) cukup dikenali dengan lagu hit seperti Beat It, Billie Jean, Smooth Criminal, Thriller, They Don’t Care About Us, You Are Not Alone, Heal The World, Man In The Mirror, dan Black or White. Beliau juga meninggalkan 3 orang anak, iaitu Prince Michael I (12 tahun), Paris Katherine (11 tahun) dan Prince Michael II (7 tahun). Anda boleh memuat turun nada dering Michael Jackson di mjtones.com.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-fatihah.
Al-fatihah.
Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 4)
No comments:
Post a Comment