Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi stres :
Fahami punca stres anda.
- Selidik punca yang menyebabkan anda stres.
- Cari masalah dalam diri anda satu persatu.
- Ubah rutin dan kebiasaan yang anda lakukan yang boleh menyebabkan stres.
Letakkan keutamaan.
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan.
- Jangan melakukan semua pekerjaan sekali gus tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
Selesaikan masalah satu persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
Menangis.
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan minda dan jiwa.
Bersenam atau Beriadah.
- Bersenam dapat mencergaskan fizikal dan melapangkan mental setelah berpeluh.
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan bersenam kerana peredaran darah berjalan lancar apabila otot-otot digerakkan.
Ketawa.
- Dapatkan masa untuk untuk berhibur dan berjenaka dengan rakan-rakan anda dan ketawalah sepuas hati.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
Luahkan pada sahabat karib.
- Luahkan kepada sahabat karib anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stres.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.
Bersantai.
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang ada rasa sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberi keseronokan.

Sumber : Buletin PROSTEC (Isu 4)
No comments:
Post a Comment